Monday, 19 January 2015

Dear Afifah. In case you forgot.

18th January 2015.

Along : 
Ummi, betulka keputusan yang Along buat untuk sambung master ni?

Ummi : 

InsyaAllah betul. Bukankah itu yang Along cita-citakan? Cuma mungkin jarak yang jauh buat along rasa sunyi, apatah lagi kawan kawan along tidak bersama Along. Apa pun Ummi tetap sokong cita-cita Along ini. Dekatkan diri kepada Allah, kerana Ummi rasa ada yang telah me-was-was pilihan Along. 

Ayuh, dayung sudah di tangan jangan biar perahu tenggelam sebelum sampai ke tepi. Faham maksud Ummi? Usaha sungguh-sungguh, jangan mudah putus asa selagi cita-cita belum tercapai nanti jadi buang masa, buang duit, buang tenaga. Berakit-rakit ke hulu berenang ke tepian bersakit dahulu bersenang kemudian. Tak lama along. 1 1/2 tahun sahaja. 

Pejam celik akan selesai, seperti Along buat degree dulu. Kuatkan semangat.
Allah tak suka orang berputus asa.
Boleh Along?



Because you are my the source of my strength. I just love you so much, Ummi.




No comments: